MISI & VIS AWPMM
Misi dan Visi
Misi
Meningkatkan kualiti Anggota LLP (lain-lain pangkat) ASKAR WATANIAH PMM serta meningkatkan kualiti latihan Sumber Manusia, Bahan Pengajian dan Perkhidmatan Markas ASKAR WATANIAH PMM.
Visi
Menjadikan ASKAR WATANIAH PMM sebuah pasukan yang melatih dan melahirkan Anggota LLP Askar Wataniah yang cekap dan kompeten.
Menjadikan sebuah pasukan yang efisien dan efektif dengan menambah baik setiap anggota komited untuk meningkatkan kualiti.
Menjadikan sebuah pasukan yang unggul untuk mencapai kualiti menyeluruh dalam aspek latihan, pentadbiran dan logistik.
Melahirkan budaya kerja dimana semua peringkat anggota bertanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, berproduktif, inovatif dan kreatif di dalam bidang tugas utama dan sekunder dengan cemerlang serta mewujudkan perhubungan yang rapat dengan pihak Universiti dalam proses untuk menjalinkan kerjasama demi segala urusan berkaitan latihan dan pentadbiran .
Objektif
- Melatih pelajar – pelajar IPTA dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja.
- Menyediakan sumber tenaga anggota LLP lepasan IPTA untuk Angkatan Simpanan ATM.
- Menyiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional.
PERANAN
Peranan utama ASKAR WATANIAH PMM adalah seperti berikut :
- Menghasilkan Angota LLP yang berkelayakan untuk diambil berkhidmat dalam Angkatan Simpanan ATM apabila diperlukan.
- Menyediakan mahasiswa – mahasiswa IPTA sebagai anggota LLP dalam Askar Wataniah di samping menyumbang kepada negara dengan membekalkan pemimpin – pemimpin yang berilmu tinggi serta peka kepada keperluan pertahanan negara.
- Membantu mendekatkan lagi ATM pada Masyarakat Kampus khasnya masyarakat umum amnya.
0 comments: