Like us

Mengenai Askar Wataniah

PENGENALAN

Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.

Terdapat tiga Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia :

Rejimen Askar Wataniah, Tentera Darat (RAW).
Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).
Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM)

Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia telah distruktur semula kepada komponen seperti berikut :

  • Pasukan Sukarela (Selepas Tauliah / Tamat Latihan Asas Ketenteraan)
  • Pasukan Simpanan Angkatan Tetap (Bekas Pegawai dan LLP)
  • Pasukan Kerahan Sepenuh Masa
  • Pasukan Simpanan Pakar & Khusus
  • Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) & Pasukan Latihan Anggota Simpanan (PLAS)
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)


Keanggotaan Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Politeknik dan Kemahiran. Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia pada masa lapang.

Rejimen Askar Wataniah, Tentera Darat (RAW).
Elemen Tempur - Siri 500 AW, Kerahan Sepenuh Masa, Sasaran Penting & Kor Armor Diraja (AW).
Elemen Bantuan Tempur - Rejimen Semboyan Diraja (AW), Rejimen Artileri Diraja (AW), Kor Kesihatan Diraja (AW), Kor Risik Diraja (AW), Kor Polis Tentera Diraja (AW), Rejimen Askar Jurutera Diraja (AW).
Elemen Bantuan Perkhidmatan - Kor Perkhidmatan Diraja (AW), Kor Ordnan Diraja (AW), Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (AW).
Elemen Pakar - Rejimen Semboyan Diraja (AW) Rejiemen Askar Jurutera Diraja (AW).

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM)
Cawangan Eksekutif
Cawangan Bekalan
Cawangan Kejuruteraan
Cawangan Pelaut (PAP, KOM dan PRL)
Cawangan Bekalan (PNK dan TNL)
Cawangan Teknikal (TMK, TLR dan TLS)

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM)
Cawangan Urusetia
Cawangan Logistik
Cawangan Pengurusan Ruang Angkasa Raya / Operasi
Cawangan Kejuruteraan


LATIHAN

Setelah urusan permohonan anda diterima. Anda akan dipanggil untuk menjalani latihan ketenteraan.


Latihan Perajurit Muda

Setiap anggota Perajurit Muda perlu menjalani latihan asas ketenteraan selama 30 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet/ Laskar Muda atau Laskar Udara.

Latihan Tempatan

Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 360 jam setahun.

Latihan Berterusan

Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam.

Latihan Tahunan

Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.

KEMUDAHAN MENYERTAI PASUKAN SIMPANAN SUKARELA

Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Pasukan Simpanan Sukarela ATM?


  1. Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.
  2. Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.
  3. Mempelajari kepakaran baru dalam Pasukan Simpanan Sukarela ATM.
  4. Menambah keupayaan `Soft skills’.
  5. Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
  6. Berpeluang melawat pasukan-pasukan lain.
  7. Layak menyertai insuran berkelompok ATM.
  8. Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
  9. Boleh dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam ATM bagi mereka yang layak.
  10. Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
  11. Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.
  12. Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.
  13. Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).
  14. Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma di mana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku semasa bertugas.

ELAUN SEMASA LATIHAN

Elaun Latihan Tempatan
Dibayar mengikut jam latihan.
Elaun Latihan Berterusan
Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang hadir.
Elaun Tahunan (Bounti)
Dibayar kepada anggota yang layak berdasarkan tahap keaktifan latihan dalam satu tahun.

ANDA BERMINAT DAN INGIN MENYAHUT CABARAN?

Sila hubungi unit-unit Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia yang terdekat dengan tempat tinggal anda.

sumber : https://www.facebook.com/514aw/timeline?ref=page_internal

0 comments:






Copyright © 2012 WILAYAH ASKAR WATANIAH POLITEKNIK MERLIMAU